Cari @ Amanz

Phablet Xiaomi yang popular adalah siri Mi Max. Ini kerana ia hadir dengan skrin yang besar dan bateri yang besar. Kamera pula boleh dikatakan agak baik dengan harga yang ditawarkan. Ada yang melaporkan, SOT Mi Max 3 ini mencapai 2-3 hari.

Terkini, spesifikasi Mi Max 4 telah tertiris dan apa yang tertiris ini dilihat agak menarik. Mi Max 3 dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 660, skrin 7.2-inci dan bateri sehingga 5800mAh. Kamera pula dilihat mungkin menggunakan lensa 48-megapixel yang sama seperti Redmi Note 7 dan akan menawarkan variasi sehingga 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Mi Max 4 Pro pula dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 675 dan mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin. Harga pula, Mi Max 4 dikatakan adalah bermula dari RMB1599 (~RM980) sehingga RMB1999 (~RM1225). Tiada informasi mengenai harga Mi Max 4 Pro, tetapi ia mungkin akan sama dengan harga variasi Mi Max 4 yang paling tinggi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd