Google Meraikan Nasi Lemak Dengan Doodle Khas

Google Meraikan Nasi Lemak Dengan Doodle Khas

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Jika anda melakukan carian Google pada pagi ini anda pasti menyedari Google Doodle yang unik menggantikan logo yang biasa anda lihat. Ini adalah kerana hari ini mereka meraikan makanan kegemaran Malaysia iaitu nasi lemak.

Google Doodle hari ini bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan video animasi yang boleh anda lihat di atas. Ia memperlihatkan proses penghasilan nasi yang boleh dikatakan menjadi makanan ruji rakyat Malaysia sejak turun temurun. Dengan kombinasi nasi, telur, kacang, ikan bilis dan sambal ia adalah metafora yang sesuai untuk negara kita yang terdiri dari rakyat berbilang kaum.

Lihat Google Doodle khas untuk Nasi Lemak


TIPS & ULASAN