Carian
Asus Zenfone 5z Mula Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie
January 31, 2019 Aman

Asus Zenfone 5z merupakan salah satu telefon mercu keluaran pengeluar dari Taiwan berkenaan pada 2018 lepas. Kini, berita menarik bagi pengguna peranti berkenaan, Asus telah pun mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk Zenfone 5z.

Asus Zenfone 5Z Pie

Melalui kemaskini Android 9.0 Pie, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk integrasi pembelajaran mesin dalam mengoptimasikan bateri dan pencahayaan skrin, sedikit kemaskini pada antaramuka, dan beberapa perkara lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti Asus Zenfone 5z, anda boleh menyemak kemaskini Android Pie ini dengan ke halaman Settings > System, dan memilih System Updates.

Komen