MSI Infinity X 9th Diperkenalkan – Komputer Gaming Paling Berkuasa Dengan Spesifikasi Mengancam
MSI

MSI Infinity X 9th Diperkenalkan – Komputer Gaming Paling Berkuasa Dengan Spesifikasi Mengancam

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Dengan pelancaran CPU Intel generasi kesembilan dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang terbaru, MSI nampaknya secara senyap telah bekerja kuat untuk menghasilkan sebuah komputer desktop gaming yang hadir dengan spesifikasi yang sangat berkuasa.

Komputer tersebut dinamakan MSI Infinity X 9th, dan nombor kesembilan yang diperlihatkan pada model tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada CPU Intel generasi kesembilan yang digunakan oleh komputer ini.

Dari segi spesifikasi dalaman, MSI Infinity X 9th ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-9900K, memori DDR4 sehingga 64GB dan sokongan untuk storan SSD M.2, cakera keras dan juga memori Intel Optane.

Pilihan MSI untuk kad grafik pada komputer ini adalah kad grafik MSI GeForce RTX 2080 Ti Ventus yang hadir dengan rekaan kipas penyejuk yang berbeza dengan rekaan MSI sebelum ini.

Dari gambaran yang diperlihatkan, nampaknya CPU Intel Core i9 tersebut disejukkan oleh penyejuk cecair, manakala rangka komputer pula hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB Mystic Light.

MSI juga menyatakan bahawa pengguna boleh memilih untuk menggunakan panel tepi yang diperbuat daripada logam ataupun cermin terbaja bergantung kepada minat mereka.

Buat masa ini, MSI masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan komputer ini, mahupun harganya.


TIPS & ULASAN