MSI Trident X Diperlihatkan – Komputer Gaming Padat Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX
MSI

MSI Trident X Diperlihatkan – Komputer Gaming Padat Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Jika bilik atau rumah anda tidak mempunyai kawasan yang cukup besar untuk sebuah komputer bersaiz penuh, MSI bakal hadir dengan pilihan komputer padat untuk ruang yang kecil.

MSI Trident X ialah komputer padat yang hadir dengan spesifikasi berkuasa, tetapi rangka komputer yang mempunyai saiz seakan-seakan sebuah konsol permainan.

Spesifikasi komputer MSI Trident X ini termasuklah CPU Intel Core siri K generasi kesembilan yang boleh dilewahjam, memori DDR4, storan SSD dan juga pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX.

Dari segi rekaan pula, saiz komputer ini kecil seperti sebuah konsol permainan, tetapi hadir dengan tetingkap kaca terbaja yang melihatkan penyejuk CPU dan juga sebahagian daripada kad grafik.

Dalam pada itu, komputer Trident X ini juga hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB Mystic Light. Sama seperti komputer MSI Infinity X 9th, MSI masih belum mengumumkan bilakah komputer riba ini akan hadir di pasaran antarabangsa.


TIPS & ULASAN