Cari @ Amanz

Pelanggan PlayStation Plus sebelum diberikan storan 10GB untuk menyimpan data permainan kegemaran mereka. Ini menyelesaikan masalah tidak cukup storan untuk menyimpan data seperti yang wujud pada permainan terdahulu. Pihak Sony hari mengumumkan storan awanan untuk pelanggan PlayStation Plus akan ditingkatkan sehingga 100GB bermula bulan Februari ini.

Ini ialah saiz yang amat besar membolehkan ribuan data permainan disimpan tanpa perlu risau kehabisan storan. Dengan permainan yang kini semakin kompleks, datanya permainan dan pemasangannya akan meningkat mendadak apabila konsol PlayStation 5 mula dijual.

Storan awanan membolehkan data permainan yang tidak lagi dimainkan disimpan dengan selamat. Sebagai perbandingan, saiz kad memori PlayStation 1 adalah sebesar 1MB. Ia meningkat ke 8MB pada konsol PlayStation 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd