Carian
Samsung Mempatenkan Peranti Gaming Boleh Lipat Dengan Alat Kawalan Terbina
January 31, 2019 Fahim Zahar

Peranti boleh lipat Samsung dikatakan akan dilancarkan pada tahun ini. Peranti tersebut dikatakan adalah Samsung Galaxy Fold. Sudah bertahun lamanya Samsung memperlihatkan konsep ini, akhirnya 2019 adalah tahun ia bukan lagi konsep tetapi adalah realiti.

Tidak cukup dengan peranti boleh lipat biasa, Samsung dilihat sudah pun mempatenkan peranti boleh lipat mereka yang memfokuskan permua. Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah, ia hadir dengan alat kawalan terbina. Mengejutkan, bahagian alat kawalan ini juga adalah skrin yang mana pengguna mungkin perlu lipat sebahagian skrin dari bawah untuk menggunakan alat kawalan ini. Alat kawalan ini dilihat mempunyai D-Pad seperti Nintendo dan 6 butang lain. Disebabkan alat kawalan ini boleh lipat dan mempunyai banyak butang, ia mungkin mempunyai fungsi yang lain.

Paten ini sudah didaftarkan pada tahun 2017 dan hanya diterbitkan pada tahun 2019, beberapa hari yang lepas. Tidak pasti hari pelancaran Galaxy Fold kelak versi yang mana satu akan Samsung umumkan. Adakah seperti yang diperlihatkan semasa mereka umumkan paparan-paparan baru, adakah versi gaming ini atau kedua-duanya sekali? Sama-sama kita nantikan.

Komen