Instagram Stories Kini Digunakan Lebih 500 Juta Pengguna Setiap Hari

Instagram Stories Kini Digunakan Lebih 500 Juta Pengguna Setiap Hari

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Facebook sebelum ini telah menyasarkan yang mana format perkongsian Stories bakal melangkaui perkongsian teks dan gambar biasa pada platform mereka. Kini, selari dengannya, Facebook mengumumkan yang mana kini Instagram Stories digunakan sekitar 500 juta pengguna aktif setiap hari.

Ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang menarik, apatah lagi memandangkan Instagram Stories hanya diperkenalkan sebagai ciri sampingan pada 2016 lepas pada Instagram. Kini, ia dilihat lebih ramai aktif menggunakan Stories untuk perkongsian berbanding perkongsian biasa.

Pada perkongsian statistik terkini ini juga, pihak Facebook turut mengatakan mereka akan memperkenalkan ciri perkongsian Stories lebih peribadi tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN