Huawei Nova 4 Hadir Dengan Fungsi Pengimejan Yang Lebih Baik – Menjamin Rakaman Gambar & Video Lebih Cantik

Huawei Nova 4 Hadir Dengan Fungsi Pengimejan Yang Lebih Baik – Menjamin Rakaman Gambar & Video Lebih Cantik

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Tahun baru bermula dengan pelbagai penawaran peranti pintar terkini yang tersedia di pasaran. Huawei yang senantiasa hadir dengan pelbagai model, kini telah mengetengahkan versi terbaru mereka dalam siri Nova iaitu Huawei Nova 4.

Dibawah siri Nova, mereka meletakkan keupayaan kamera sebagai salah satu ciri utama bagi pengguna. Malah Nova 2i merupakan antara model terawal di pasaran yang menyertakan 4 kamera, sekaligus menghasilkan kualiti gambar yang cantik baik menggunakan kamera hadapan dan juga kamera utama di bahagian belakang.

Dan apa yang menarik berkenaan Huawei Nova 4, meneruskan tradisi mereka dalam keupayaan kamera adalah penggunaan kamera hadapan 25MP yang cantik, dan tidak memerlukan lampu LED Flash. Ini juga memandangkan Huawei Nova 4 menggunakan rekaan skrin berlubang, yang membuatkan paparan skrin dapat dilihat sepenuhnya tanpa sebarang takuk yang mengganggu.

Kamera hadapan ini juga mempunyai sudut rakaman yang luas, sekaligus memberikan rakaman selfie yang sempurna dan berkualiti tinggi. Ini sekaligus membolehkan lebih banyak latarbelakang dimuatkan, atau berguna sewaktu merakam gambar selfie secara berkumpulan.

Di bahagian belakang, Huawei Nova 4 menyertakan kamera dengan sistem tiga-lensa yang berbeza iaitu 20MP, 16MP dan juga 2MP. Malah terdapat kecerdasan buatan yang mampu membantu rakaman yang dilakukan pengguna menjadi lebih baik, dan disunting bagi memberikan hasil rakaman yang lebih cantik. Dengan menekan satu butang, Huawei Nova 4 dapat mengasingkan perkara-perkara yang tidak disukai dalam rakaman, seperti contoh membuang mereka yang mengganggu video (Photobombing).

Dan menerusi kecerdasan buatan ini, ia membolehkan video yang dirakam pengguna dibahagikan kepada beberapa video klip tertentu berdasarkan wajah yang telah dirakamkan. Dengan hanya satu rakaman, detik-detik khusus dapat dibahagikan dan dikongsikan bersama rakan lain menerusi fungsi yang dinamakan AI Video Spotlight Reel.

Selain dari itu, kamera utama Huawei Nova 4 menyertakan penstabil imej elektrikal (Electric Image stabilization) yang membantu rakaman dilakukan dengan baik meskipun dengan sedikit gegaran tangan. Ia mengubah ISO, kelajuan shutter, dan pelbagai lagi bagi memastikan rakaman tidak kabur apabila tangan bergegar.

Selain dari itu, kamera utama Huawei Nova 4 turut menyertakan fungsi rakaman gerak perlahan yang sangat teliti, dan mampu merakam gambar pada kadar 480 fps. Pada kadar ini, kelajuan rakaman diperlahankan sehingga 1/16, menjadikan rakaman gerak perlahan lebih cantik.

Bercakap mengenai ciri-ciri yang lain, Huawei Nova 4 ini turut membolehkan pengguna menetapkan Video Ringtone untuk panggilan yang diterima. Jika dahulu anda kerap menetapkan lagu tertentu untuk rakan tertentu, kini paparan sewaktu panggilan diterima akan tampak lebih ceria dan meriah. Pengguna juga boleh memilih video dari selebriti tempatan untuk menetapkannya sebagai Video Ringtone.


Huawei Nova 4 membawakan cip terkini iaitu Kirin 970 4-teras yang berkuasa, serta RAM yang berkapasiti 8GB, cukup untuk menjalankan pelbagai tugasan dengan lancar. Ini juga dibantu dengan keupayaan EMUI 9 yang menjamin kelancaran sistem operasi Android Pie dengan storan berkapasiti 128GB.

Telefon ini akan mula dijual di Malaysia bermula 14 Februari depan pada harga RM 1,899 dan sekiranya anda mencari telefon terkini pada harga menarik, anda perlu mendapatkan Huawei Nova 4 ini.

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia.


TIPS & ULASAN