Realme 3 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Realme 3 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Realme merupakan sub-jenama dibawah Oppo yang kian meningkat popular dengan pantas. Pada tahun lepas, mereka telah menawarkan Realme 2 yang membawakan penawaran menarik pada harga sangat berpatutan. Kini, memulakan tahun 2019, pihak Realme seperti sudah dalam perancangan untuk melancarkan Realme 3.

Melalui semakan di Sirim, sebuah model baru telah pun melepasi pengesahan, iaitu RMX1821.

Realme 3

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk Realme 3 masih tidak diketahui lagi. Tetapi, ia dijangka akan menawarkan spesifikasi pertengahan seperti model sebelum ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Realme akan melancarkannya. Memandangkan ia telah melepasi pengesahan Sirim, maka tidak mustahil kita akan melihatnya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN