Chrome Akan Memberikan Amaran Untuk URL Silap Menyerupai Laman Yang Anda Ingin Lawati

Chrome Akan Memberikan Amaran Untuk URL Silap Menyerupai Laman Yang Anda Ingin Lawati

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Google sering menguji pelbagai ciri baru yang menarik pada pelayar web mereka, termasuk pada masa yang sama memberikan perhatian kepada penawaran sekuriti melaluinya. Terkini, melalui ZDNet, Google dilihat menguji ciri memberikan amaran kepada pengguna apabila melawat URL yang menyerupai laman yang mungkin seseorang ingin lawati melalui Chrome.

Chrome Navigasi

Seperti ramai sedia maklum, ada masanya anda tersilap menaip sesuatu URL – dan ia membawa kepada laman yang tidak tepat. Ini juga digunakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan perisian hasad dan mencuri maklumat pengguna.

Untuk mengatasi perkara berkenaan, Chrome kini menguji ciri dinamakan “Navigation Suggestion“. Melalui ciri ini, apabila anda tersalah menaip sesuatu URL, ia akan memberikan cadangan URL yang sepatutnya – sekaligus membawa anda ke laman yang sepatutnya. Cadangan berkenaan dipaparkan dibawah bar URL alamat, sekaligus meminta pengguna kepastian sama ada mereka ingin ke laman yang ditaip berkenaan, atau ke laman cadangan Google.

Buat masa ini, Google masih sedang menguji ciri ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia. Anda yang berminat, boleh mengaktifkannya dengan melayari halaman chrome://flags/#enable-lookalike-url-navigation-suggestions di pelayar web Chrome anda.


TIPS & ULASAN