Carian
Lagi Gambar Galaxy S10 Plus Tertiris – Memperlihatkan Dwi-Kamera Hadapan, Tri-Kamera Belakang
February 1, 2019 Aman

Kita sedia melihat beberapa gambar telefon pintar Samsung akan datang, iaitu Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus tertiris ke arena web. Hari ini, sebuah lagi gambar hadir, sekaligus memperlihatkan dengan lebih jelas apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui penawaran peranti berkuasa mercu mereka untuk 2019 ini.

Galaxy S10 Plus dijangka menawarkan pelbagai spesifikasi tinggi, termasuk penawaran storan sehingga 1TB. Ia juga turut dijangka menawarkan rekaan skrin berlubang dihadapan yang menyertakan dwi-kamera hadapan padanya untuk rakaman swafoto yang cantik.

Samsung Galaxy S10+

Gambar tertiris baru yang dikongsikan 91Mobiles ini memperlihatkan rekaan skrin Infinity-O yang memposisikan dwi-kamera berkenaan dengan lebih jelas, mengatakan ia akan menyertakan gambungan sensor 8MP + 5MP untuk rakaman swafoto.

Selain itu, gambar terbaru juga memperlihatkan ia menyertakan tri-kamera belakang – dan bukannya empat seperti diperkatakan sebelum ini. Galaxy S10 Plus dikatakan bakal menyertakan sensor telefoto, rakaman sudut-luas, dan juga sebuah sensor biasa padanya.

Samsung Galaxy S10+

Samsung bakal mengumumkan telefon pintar mereka ini secara rasminya pada 21 Februari 2019 ini. Mungkin dengan hari mendatang, kita akan mendengar lebih banyak ketirisan berkenaan telefon pintar ini di arena web.

Komen