ASUS X570 Kini Di Pasaran Tempatan – Komputer Gaming Dengan CPU AMD Dan GPU NVIDIA Untuk RM2899

ASUS X570 Kini Di Pasaran Tempatan – Komputer Gaming Dengan CPU AMD Dan GPU NVIDIA Untuk RM2899

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Jika anda inginkan sebuah komputer riba gaming, tetapi tidak mampu mahu membeli laptop-laptop dengan kad grafik NVIDIA RTX yang terbaru, ASUS baru sahaja hadir dengan sebuah peranti yang boleh anda pertimbangkan.

ASUS X570 ialah laptop terbaru daripada ASUS yang hadir dengan CPU daripada AMD dan digabungkan bersama-sama kad grafik daripada NVIDIA. Ia juga hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dan mempunyai resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi dengan CPU AMD Ryzen R5-2500U, memori DDR4 sebanyak 4GB yang boleh ditambah-baik kepada 8GB dan storan cakera keras sebesar 1TB. Dalam pada itu ia menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan memori GDDR5 sebanyak 4GB.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa laptop ASUS X570 ini sudahpun tiba di kedai-kedai komputer tempatan, dan ia boleh dibeli pada harga RM2899.


TIPS & ULASAN