Pihak PUBG sebelum ini telah menguji versi permainan PC mereka yang lebih ringan sejak tahun lepas, dibawah nama kod PUBG Project Thai. Ia seterusnya telah dinamakan semula sebagai PUBG Lite dan ditawarkan hanya di Thailand sahaja sehingga kini.
Hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi. Melalui laman Facebook rasmi PUBG Corporation, mereka mengumumkan kelak akan memperluaskan ujian PUBG Lite Beta untuk beberapa buah negara lain, termasuk di Malaysia.
Melalui PUBG Lite, ia direkabentuk supaya boleh dimainkan pada komputer berspesifikai rendah – walaupun tanka kad grafik khusus untuknya. Versi ini juga dilihat ditawarkan secara percuma buat masa ini berbanding versi biasa yang ditawarkan secara berbayar melalui Steam.
Bagi para peminat PUBG, sama-sama kita nantikan pengenalan PUBG Lite untuk PC ini tidak lama lagi.