Nintendo Dilaporkan Merancang Switch Yang Lebih Kompak Dan Murah Pada Tahun Ini

Nintendo Dilaporkan Merancang Switch Yang Lebih Kompak Dan Murah Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Nintendo sebelum ini telah hadir dengan konsol hibrid Nintendo Switch yang menerima reaksi positif para peminat seluruh dunia. Konsol berkenaan telah terjual lebih 32 juta unit sehingga kini, dan kini ia dilaporkan Nintendo turut merancang sebuah variasi baru untuk konsol berkenaan.

Nintendo Switch

Menurut Nikkei, Nintendo dikatakan merancang Nintendo Switch versi yang lebih kecil dan kompak, selain berharga rendah. Ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana dengan lebih selesa berbanding versi asal. Walaubagaimanapun, variasi ini juga dijangka tidak menyertakan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada versi asal.

Mengikut spekulasi awal, ia diperkatakan Nintendo mungkin menjual beberapa perkara secara berasingan – termasuk dok ke televisyen dan sebagainya.

Langkah ini mungkin akan membolehkan para peminat Nintendo untuk terus mendapatkan konsol berkenaan dan memainkan pelbagai permainan yang diterbitkan khusus untuknya tanpa mengeluarkan wang yang tinggi seperti sebelumnya.

Apa pun, seperti biasa, ini sekadar laporan awal sahaja, dan tiada pengesahan rasmi daripada Nintendo buat masa ini.


TIPS & ULASAN