Puma Turut Akan Melancarkan Kasut Swa-Ikat Untuk Bersaing Dengan Nike
Artikel Berkaitan

Puma Turut Akan Melancarkan Kasut Swa-Ikat Untuk Bersaing Dengan Nike

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Setakat ini Nike telah melancarkan beberapa kasut swa-ikat yang dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Ini menjadikan kasut fantasi dari filem Back To The Future II menjadi realiti. Arena kasut dengan kemampuan swa-ikat bakal menjadi meriah apabila Puma melancarkan kasut mereka pada tahun 2020.

Kasut Puma Fi telah diperlihatkan hari ini dengan kemampuan dikawal menggunakan iPhone dan Apple Watch. Ia mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga lima hari. Terdapat pengecas nirwayar menggunakan format Qi yang mengecas semula bateri apabila kasut tidak digunakan. Menerusi aplikasi pengguna boleh melihat tahap bateri dan melaras tahap kekuatan ikatan kasut.

  Puma telah membangunkan kasut ini sejak tiga tahun yang lalu. Buat masa ini Puma akan melakukan ujian terlebih dahulu kepada pengguna terpilih dengan sasaran menjualnya pada harga sekitar $330 (~RM 1350) sepasang,


TIPS & ULASAN