Carian
Rekaan Peranti Oppo Dengan Kamera Swafoto Periskop Tertiris
February 1, 2019 Effi Saharudin

Apakah cara yang terbaik untuk mengekalkan rekaan hampir semua skrin tetapi tanpa menggunakan takuk? Samsung dan Honor merasakan skrin berlubang ialah alternatif yang baik. Xiaomi merasakan sistem kamera lungsur lebih maakul. Oppo telah menggunakan kamera lungsur pada Oppo Find X dan selepas ini mungkin akan menggunakan sistem kamera swafoto periskop pula.

Rekaan peranti yang tidak diketahui namanya ini telah tertiris ke arena web menerusi kicauan Ishan Argawal. Jelas kelihatan kamera swafoto pada periskop yang muncul pada bahagian tengah dan sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Menarik sekali pengimbas cap jari fizikal terletak pada bahagian belakang memberikan petanda ia tidak menyertakan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Terdapat spekulasi peranti ini bakal menggunakan nama Oppo R19 atau F11. Apakah sistem yang paling anda gemari? Takuk, periskop, lungsur atau skrin berlubang?

Komen