Huawei Menunjukkan Rekaan Engsel Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Mereka

Huawei Menunjukkan Rekaan Engsel Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Mereka

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Bukan lagi rahsia peranti dengan skrin boleh lipat akan diperlihatkan oleh Huawei di acara MWC penghujung bulan ini. Ia bukan sahaja boleh dilipat malah hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Yang masih menjadi misteri ialah rekaan akhir yang bakal digunakan. Misteri sedikit terungkai dengan imej acah yang baru sahaja dimuat naik oleh Huawei sebentar tadi.

Ia melihatkan rekaan engsel dan sisi skrin yang mirip rekaan engsel Royale Flexpai yang merupakan peranti pertama dilancarkan dengan skrin yang boleh dilipat. Ini bermakna dapat posisi terlipat, peranti tidak akan mempunyai ruang terbuka pada bahagian engsel tidak seperti sistem yang digunakan pada peranti boleh lipat Xiaomi. Wujudkah pasaran untuk peranti ini? Jawapannya terletak di tangan pengguna apabila peranti-peranti dengan skrin boleh lipat mula dijual tahun ini.


TIPS & ULASAN