Video Promosi Peranti Skrin Boleh Lipat Samsung Tertiris

Video Promosi Peranti Skrin Boleh Lipat Samsung Tertiris

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Pagi tadi imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy S10 telah tertiris. Kini tiba giliran rekaan telefon boleh lipat Samsung pula muncul ke arena web. Video promosi untuk peranti ini dalam bahasa Vietnam muncul di YouTube.

Ia menunjukkan peranti dibuka dari posisi tertutup. Bezel peranti juga kelihatan agak nipis. Selain menunjukkan kemampuan dibuka, peranti turut dilihat mempunyai sistem mengimbas kandungan di dalam rahim, di dalam mod tablet serta kemampuan realiti terimbuh. Peranti dengan skrin boleh lipat dipercayai menggunakan nama Samsung Galaxy F. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari hadapan.


TIPS & ULASAN