Terdapat Lebih 900 Juta iPhone Aktif Pada Hari Ini

Terdapat Lebih 900 Juta iPhone Aktif Pada Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Apple sebelum ini tidak pernah berkongsi angka iPhone yang aktif. Namun, hal berkenaan kini berubah, dan melalui penyata kewangan mereka baru-baru ini, gergasi perkomputeran berkenaan secara rasminya mengumumkan yang mana angka iPhone aktif pada hari ini mencapai 900 juta unit.

Secara keseluruhan, Apple mengatakan mereka mempunyai lebih kurang 1.4 bilion peranti yang aktif dipasaran ketika penghujung 2018 lepas – yang mana memperlihatkan peningkatan positif berbanding sebelum ini. Namun, ini kali pertama Apple berkongsi angka peranti iPhone yang aktif secara berasingan.

Langkah ini juga sekaligus mungkin memperlihatkan keupayaan ekosistem Apple untuk menerima perkhidmatan baru ketika ia dilancarkan – mungkin seperti perkhidmatan penstriman video, atau perkhidmatan langganan permainan yang diura-urakan.

Apple juga dijangka akan berkongsi lanjut mengenai angka penggunaan aktif iPhone secara berkala selepas ini.


TIPS & ULASAN