Komputer Riba Lenovo Legion Y740 Dengan GPU GeForce RTX Mula Ditawarkan Di Malaysia

Komputer Riba Lenovo Legion Y740 Dengan GPU GeForce RTX Mula Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 2, 2019 oleh .

Awal Januari yang lalu komputer riba Lenovo Legion Y740 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX telah diumumkan ketika acara CES. Pagi ini pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB GDDR6 atau GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 mula ditawarkan menerusi kedai atas talian Lenovo Malaysia.

Pilihan boleh dilakukan pada Legion Y740(17) dan Y740 (15). Spesifikasi lain yang ditawarkan ialah pemproses Intel Core i7-8750H, pilihan memori sehingga 32GB DDR4, storan SSD sehingga 512GB NVMe-PCIe M.2, storan HDD 1TB. Pilihan I/O utama seperti HDMI, mini DP, USB-C Thunderbolt 3, USB-A dan LAN terletak pada bahagian belakang.

Papan kekunci yang disertakan adalah berlampu dengan sistem RGB Corsair iCUE yang menyokong paparan sehingga 16 juta warna. Melengkapi spesifikasi ialah sistem pembesar suara Dolby Atmos dan bateri empat sel sebesar 76 Wh. Harga jualan bermula dari RM8,198 sebuah untuk Y740 (15) dan RM8,464untuk Y740 (17).


TIPS & ULASAN