Cari @ Amanz

Telegram adalah aplikasi pemesejan yang dilihat sebagai alternatif kepada WhatsApp bagi mereka yang tidak mahu menggunakan aplikasi di bawah payung Facebook. Ia semakin popular kerana mempunyai lebih banyak fungsi menarik seperti passport untuk pengenalan identiti serta kumpulan dengan 200,000 ahli. Minggu ini Telegram dikemaskini dengan fungsi terbaru kustomasi lmej latar belakang.

Pengguna boleh memilih untuk menukar imej latar belakang dari galeri gambar peribadi atau menerusi fungsi carian terbina. Imej yang digunakan kemudian boleh diberikan kesan kabur dan bergerak menerusi kesan paralaks. Kustomasi lain ialah memilih sebarang warna dan kekerapan corak berulang. Selain itu gambar latar belakang boleh dikongsi dengan pengguna Telegram yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd