Cari @ Amanz

Tahun lalu lima Oneplus India mengumumkan enam pemenang pertandingan ShotOnOnePlus. Pertandingan ini diadakan bagi menunjukkan kemampuan kamera peranti yang baik dan menjadi promosi seakan kempen ShotOniPhone oleh Apple. Menurut laporan Petapixel, salah sebuah gambar pemenang sebenarnya dicuri dan sebenarnya diambil menggunakan sebuah kamera DSLR Canon.


Pratyush Yadav (@Thatlonetraveller) memenangi pertandingan ShotOneOnePlus menerusi gambar kaki lima yang “diambil” di Institut Kajian Perhutanan Dehradun. Aman Bhargava (@Thedivtagguy) seorang jurugambar menyedari persamaan gambar yang diambil oleh Yadav dengan gambar yang diambil beliau menggunakan sebuah DSLR Canon pada tahun 2017. Beliau terus menghubungi Yadav untuk mendapatkan bukti gambar benar-benar diambil menggunakan sebuah peranti OnePlus.

Yadav segera memberikan fail gambar dalam bentuk Jpeg lengkap dengan data EXIF. Namun begitu Bharhava menyedari adalah tidak logik gambar yang diambil pada jam 2 petang (mengikut data EXIF) kelihatan seperti di atas. Gambar asal yang diambil menggunakan DSLR beliau sebenarnya diambil pada waktu petang.

Pihak OnePlus India telah mengakui mereka mungkin telah ditipu oleh Pratyush Yadav dan telah meminta beliau memulangkan semula hadiah dalam bentuk telefon OnePlus 6. Sungguhpun begitu Aman Bhargava  kecewa kerana OnePlus India mengambil masa yang lama untuk menyiasat penipuan dan gambar yang dicuri masih dipaparkan pada akaun rasmi OnePlus India sehingga hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd