Pelekat Luka Dengan Teknologi Realiti Terimbuh Watak Super Sentai Dijual Di Jepun

Diterbitkan pada Feb 3, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jepun ialah negara yang lebih ke hadapan berbanding banyak negara lain di dunia. Menggunakan teknologi terkini pada produk harian sudah dilakukan sejak berdekad lamanya. Kini pelekat luka dengan teknologi realiti terimbuh (AR) juga telah mula dijual dengan paparan watak siri Kishiryu Sentai Ryusoulger dan StarTwinkle PreCure.

Kedua-dua siri ini masih belum ke udara dan penggunaan watak-watak ini pada pelekat luka dilihat sebagai promosi awal kepada kanak-kanak yang bakal menontonnya. Dengan menggunakan aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Bandai, watak kedua-dua siri ini akan terapung di dunia maya di atas pelekat luka. Mereka juga akan memberikan kata-kata semangat untuk memulihkan kecederaan dengan pantas. Setiap set mengandungi 20 peleka luka yang dijual pada harga 300 Yen.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami