Kita bermula dengan projektor filem sebelum berubah ke sistem projektor digital. Dengan penggunaan sistem digital masalah tayangan yang kurang berkualiti kerana filem yang tercalar selepas berpuluh kali diputar diselesaikan. Tetapi kini teknologi baharu digunakan dimana skrin kanvas digantikan pula dengan skrin LED. GSC hari ini mengumumkan pembukaan panggung wayang dengan skrin LED 3D pertama di Asia Tenggara.
South East Asia's first 3D Cinema LED is now in GSC Mid Valley! Introducing #Onyx3D, the extreme reality movie experience you deserve!
It will be available for Alita: Battle Angel when it hits GSC this 5 February! Tag your friends and try it out next week! ;) pic.twitter.com/CH8vzTmUIn
— GSC Cinemas (@GSCinemas) February 3, 2019
Teknologi skrin Samsung Onyx 3D digunakan untuk penayangan filem Alita Battle Angel pada 5 Februari hadapan. Sebelum ini skrin LED ini hanya memaparkan tayang filem dua dimensi sahaja. Dengan penggunaan skrin LED, kandungan HDR boleh dipaparkan bersama dengan penghasilan warna yang lebih tepat berbanding teknologi projektor semasa. Selain teknologi skrin LED, GSC juga sebelum ini mengumumkan penggunaan teknologi ScreenX yang memancarkan filem secara 270 darjah ke tiga skrin panggung secara serentak.