Aplikasi Wanna Kicks Membolehkan Kasut Dicuba Menggunakan Realiti Terimbuh

Aplikasi Wanna Kicks Membolehkan Kasut Dicuba Menggunakan Realiti Terimbuh

Diterbitkan pada Feb 3, 2019 oleh .

Kasut berjenama Nike ,Converse, dan Adidas kini dikumpul oleh sebilangan peminat kerana ia mempunyai nilai yang naik selepas beberapa tahun. Kerap kali ia dibeli sebelum sempat dipakai terlebih dahulu dan kemudian pembeli menyedari ia tidak serasi dengan gaya peribadi. Wanna Kicks ialah aplikasi realiti terimbuh yang membolehkan pelbagai kasut “dipakai” sebelum dibeli.

Terdapat pilihan pelbagai jenama dan jenis kasut di dalam aplikasi. Pengguna hanya perlu memilih kasut dan corak yang ingin dicuba. Apabila kaki dilihat menerusi aplikasi, sepasang kasut maya akan dipaparkan dan pengguna bebas mencubanya dari pelbagai sudut. Buat masa ini Wanna Kicks hanya ditawarkan untuk peranti iOS sahaja terlebih dahulu. Dengan ini kasut boleh dicuba tanpa risau ia tidak sesuai dengan gaya. Kasut yang terlalu mahal untuk anda miliki juga boleh dicuba bagi memuaskan diri.

Muat turun aplikasi realiti terimbuh Wanna Kicks dari App Store


TIPS & ULASAN