AOSMark Menunjukkan Senarai Pengeluar Android Yang Paling Kerap Memberikan Kemaskini

AOSMark Menunjukkan Senarai Pengeluar Android Yang Paling Kerap Memberikan Kemaskini

Diterbitkan pada Feb 3, 2019 oleh .

Android mempunyai masalah pemberian kemas kini sistem operasi dan tampalan sekuriti yang tidak sekata. Jika ini adalah penting bagi anda, AOSMark memberikan senarai pengeluar yang tidak culas memberikan kemas kini. Tidak mengejutkan Google mendapat tempat teratas kerana memberikan kemas kini yang pantas kepada peranti Nexus dan Pixel.

Menarik sekali OnePlus adalah di tempat kedua diikuti oleh Nokia, Sony dan General Mobile. Markah yang diberikan oleh AOSMark adalah berdasarkan kekerapan kemas kini diberikan. Google menerima 3.5 dari 6 markah kerana memberikan kemas kini perisian dan tampalan sekuriti secara purata sebanyak 3.5 kali. Lebih banyak kemas kini diberikan lebih tinggi markah diterima.

Menurut AOSMark markah hanya diberikan kepada peranti Android. Jika peranti iOS disertakan, markah yang diberikan adalah di antara 5-6 kerana Apple menyokong peranti keluaran mereka lebih lama dan pantas berbanding Android. Apakah markah yang diterima pengeluar peranti yang anda gunakan sekarang?


TIPS & ULASAN