Sony Mampatenkan Sistem Yang Memberikan Sokongan Permainan Konsol Lama Pada Konsol Baharu

Sony Mampatenkan Sistem Yang Memberikan Sokongan Permainan Konsol Lama Pada Konsol Baharu

Diterbitkan pada Feb 3, 2019 oleh .

Sony dijangka mengumumkan konsol PlayStation 5 pada penghujung tahun ini. Mereka tidak akan menghadiri E3 2019 dan sudah mula kedengaran ura-ura pembangunan permainan konsol generasi seterusnya. Semalam paten untuk sistem yang menyokong permainan lama pada konsol terbaru telah diterbitkan. Ini mungkin petanda awal PS5 kelak akan mempunyai kemampuan sokongan ke belakang untuk permainan konsol terdahulu.

Dokumen paten turut memberikan petanda permainan dari PlayStation. PlayStaion 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 boleh dimainkan pada PlayStation 5. Sekiranya sistem ini menjadi realiti, ia adalah konsol pertama keluaran Sony yang mampu menyokong ribuan katalog permainan yang pernah dihasilkan. Ini mungkin penyebab mengapa PlayStation Classic yang dicemuh baru-baru ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana sistem yang lebih sempurna telahpun dibangunkan dalam bentuk pelagak multi-konsol untuk PS5.


TIPS & ULASAN