Carian
Nex.Life Menawarkan Internet Rumah Sehingga 20Mbps Dan Internet 4G LTE Untuk Peranti Mudah-Alih Pada Harga RM100 Sebulan
February 3, 2019 Aman

Telekom Malaysia sedia mempunyai penawaran tersendiri untuk penggunaan dirumah dan juga untuk peranti mudah-alih melalui Unifi Mobile. Kini selain daripadanya, TM melalui anak syarikat mereka, Webe Digital kini hadir dengan sebuah jenama telekomunikasi baru yang dinamakan sebagai Nex.Life.

Nex.Life

Berbeza dengan kebiasaan yang menawarkan langganan internet secara berasingan, melalui Nex.Life, ia menawarkan gabungan langganan internet untuk rumah dan untuk peranti mudah-alih pada harga langganan RM100 sebulan (harga langganan biasa tanpa promosi adalah RM110 sebulan).

Untuk perkhidmatan internet rumah, Nex.Life menawarkan kelajuan sehingga 20Mbps, sementara untuk pengguna peranti mudah-alih pula ia menawarkan data tanpa had dibawah rangkaian 4G LTE, dan 500MB untuk rangkaian bukan 4G.

NexLife

Sekiranya anda tertanya mengapakah harga penawarannya adalah rendah, ini kerana ia tidak hadir dengan panggilan telefon percuma, dan pihak Nex.Life juga tidak menyertakan sebarang penghala (router) bersama langganan. Pengguna perlu membelinya secara berasingan.

Sama juga untuk pelan mudah-alih, dimana ia hanya menawarkan data 4G tanpa had sahaja, dan tidak menawarkan panggilan atau SMS percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Nex.Life hari ini. Selepas anda membuat pendaftaran, wakil TM akan hadir ke rumah anda untuk melakukan pemasangan, sementara kad-SIM untuk peranti mudah-alih pula akan dihantar kepada anda.

Terima kasih Fizzul untuk tips.

Komen