Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

Google Shadow Art Ialah Permainan Interaktif Bekecerdasan Buatan Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Minggu lalu Google melancarkan Doodle sempena Hari Nasi Lemak Dunia. Sebuah animasi tentang proses penghasilan nasi lemak telah dihasilkan untuk makanan kegemaran negara. Terkini sempena Tahun Baru Cina, Google melancarkan pula Doodle interaktif yang menggunakan kecerdasan buatan yang memerlukan anda menggunakan tangan untuk menghasilkan bentuk haiwan zodiak cina.

Google Shadow Art ini memberikan masa 20 saat untuk pengguna mengikut bentuk haiwan yang dipaparkan pada pelayar menerusi kamera web. Kecerdasan buatan Google kemudian akan menilai sama ada bentuk tangan anda menyerupai bentuk haiwan di skrin. Terdapat dua belas haiwan setiap satunya memberikan cabaran yang berbeza.

Di Amanz rekod terbaik kami menyelesaikan cabaran ialah sekitar 3:14 minit. Adakah anda lebih pantas daripada kami dalam kemampuan membentuk bayang-bayang haiwan menggunakan tangan? Sila ke pautan di bawah untuk mencubanya sendiri.

Sila cuba Google Shadow Art bekecerdasan buatan di pelayar web


TIPS & ULASAN