Carian
Google Membuang 29 Aplikasi Kamera Kecantikan Kerana Mencuri Gambar Pengguna
February 4, 2019 Effi Saharudin

Terdapat banyak aplikasi kamera kecantikan yang membolehkan pengguna menangkap gambar swafoto yang cantik mata memandang. Ia biasanya terbina di dalam aplikasi kamera tetapi terdapat juga aplikasi pihak ketiga yang menawarkan lebih banyak fungsi menarik. Tetapi menurut laporan Android Police, 29 aplikasi telah dibuang dari Google Play Store selepas ditemui mencuri data pengguna.

Penarikan dilakukan selepas laman Trend Micro melaporkan aplikasi seperti Pro Camera Beauty, Beauty Camera dan Emoji Camera mencuri gambar pengguna. Ia turut memaparkan iklan yang besar dan kandungan lucah apabila aplikasi dilancarkan. Kesemua aplikasi melepasi saringan Play Protect kerana menggunakan sistem packer yang tidak dianalisa oleh pihak Google.

Komen