Oppo Memfailkan Tanda Dagang Untuk Nama “Find Z”

Oppo Memfailkan Tanda Dagang Untuk Nama “Find Z”

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Oppo Find X tahun lalu adalah peranti mercu pertama mereka sejak 2014. Dengan pelancaran peranti dengan sistem tubuh melungsur ini Oppo tidak lagi hanya mengeluarkan peranti kelas pertengahan dan membiarkannya didominasi oleh OnePlus yang berkongsi di bawah payung BBK Electronics. Nama peranti kemas kini kepada Find X mungkin telah tertiris selepas tanda dagang difailkan pada laman EUIPO hanya dua hari yang lalu..

Tanda dagang Find Z difailkan bulan lalu. Ini mungkin peranti mercu yang bukan sahaja dilengkapi cip Snapdragon 855, malah turut hadir dengan kamera utama dengan zoom nirhilang sehingga 10x menggunakan sistem periskop. Oppo akan mengadakan acara khas di MWC kelak dan kemungkinan besar Find Z akan akhirnya diperlihatkan di situ. Misteri mengenai peranti ini akan terjawab dalam masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi.


TIPS & ULASAN