QuadrigaCX Kehilangan Akses Kepada RM800 Juta Kriptowang Dan Wang Tunai Pengguna Gara-Gara Kematian Pengasasnya

QuadrigaCX Kehilangan Akses Kepada RM800 Juta Kriptowang Dan Wang Tunai Pengguna Gara-Gara Kematian Pengasasnya

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Kriptowang sering diulas sebagai sejenis matawang yang sangat selamat dari segi sekuriti. Akan tetapi, terdapat waktu-waktu dimana ianya terlalu selamat, seperti apa yang dialami oleh pusat pertukaran kriptowang QuadrigaCX.

QuadrigaCX diasaskan di Kanada, dan adalah salah sebuah pusat pertukaran kriptowang yang cukup terkenal sekali. Ia mempunyai 115,000 pengguna, dan mereka menyimpan kriptowang dan wang tunai sebanyak 250,000 CAD.

Pengasas syarikat tersebut, Gerald Cotten baru-baru ini telah meninggal dunia, dan masalah terbesar untuk QuadrigaCX ialah beliau merupakan satu-satunya orang yang mempunyai kata laluan untuk mengakses simpanan luar talian (cold storage) yang mengandungi kebanyakan kriptowang dan maklumat mengenai wang tunai para pelanggan mereka.

Jennifer Robertson, isteri pengasas QuadrigaCX berkata dia mempunyai komputer riba milik Gerald Cotten yang mungkin boleh membantu mengakses simpanan tersebut.

Tetapi peranti tersebut juga disulitkan dan usaha menyahsulit sedang dijalankan tanpa sebarang berita baik buat masa ini.

Kata laluan yang disulitkan mungkin sangat selamat, tetapi mungkin ini satu pengajaran untuk menyimpan sandaran maklumat tersebut tatkala malang mengundang seperti ini supaya tidak menyusahkan orang lain.


TIPS & ULASAN