Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Pada Pertengahan Kedua 2019

Honor Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Pada Pertengahan Kedua 2019

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Huawei telah pun hadir dengan gambar acah mengatakan mereka akan memperlihatkan telefon pintar 5G mereka pada acara MWC 2019 kelak. Selari dengannya, semestinya ramai yang akan tertanya-tanya bilakah sub-jenama pengeluar berkenaan, iaitu Honor akan hadir dengan penawaran lebih kurang sama.

Bercakap mengenainya dalam temuramah baru-baru ini, presiden Honor mengesahkan yang mana mereka sedang membangunkan telefon pintar 5G dan menyasarkan pengenalannya pada pertengahan kedua 2019 kelak.

Buat masa ini, spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui. Mungkin kita boleh menyasarkan penggunaan modem keluaran Huawei tersendiri bersama cip Kirin pada telefon pintar berkenaan.

Apa pun, seperti biasa, walaupun ramai yang berlumba untuk memperkenalkan telefon pintar 5G, ia mungkin masih belum relevan untuk pengguna tempatan. Ini kerana rangkaian 5G masih belum diperkenalkan di Malaysia, dan masih diuji secara tertutup di Cyberjaya. Mungkin ia akan mengambil masa beberapa tahun sebelum peranti 5G ini berbaloi untuk dibeli, dan pada masa yang sama untuk memastikan liputan 5G lebih meluas.


TIPS & ULASAN