WhasApp Untuk iPhone Kini Boleh Dinyah-Kunci Berasaskan Face ID atau Touch ID

WhasApp Untuk iPhone Kini Boleh Dinyah-Kunci Berasaskan Face ID atau Touch ID

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

WhatsApp Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan ramai pengguna. Ia sedia menawarkan sokongan sekuriti, dimana kata laluan akan diminta secara rawak dan mengelak pengguna daripada mengakses aplikasi permesejan berkenaan sehingga kata laluan yang tepat dimasukkan.

WhatsApp Screen Lock

Terkini, menambah lagi ciri sekuriti pada aplikasi permesejan, pihak WhatsApp turut telah menambah sokongan nyah-kunci berasaskan Face ID atau Touch ID pada WhatsApp untuk iPhone.

Pengguna iPhone yang menggunakan WhatsApp, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan seterusnya ke halaman Settings > Account > Privacy > Screen Lock untuk mengaktifkan sokongan ini.

Dengan ini, ia akan memerlukan pengguna mengimbas wajah atau cap jari sebelum mengakses aplikasi permesejan berkenaan. Walaubagaimanapun, seperti biasa, pengguna masih boleh mengakses sesuatu mesej daripada panel notifikasi, selain menjawab panggilan suara atau video tanpa pengesahan biometrik ini.

WhatsApp Face ID

Muat-Turun WhatsApp untuk iPhone


TIPS & ULASAN