Cari @ Amanz

Xiaomi dibawah ekosistem mereka mempunyai beberapa jenama popular, dan salah satunya adalah telefon pintar memfokuskan permainan video atau permua, iaitu Black Shark. Mereka sebelum ini telah hadir dengan dua variasi telefon pintar Black Shark, dan kini pihak Xiaomi mengesahkan yang mana telefon pintar Black Shark generasi baru turut dalam pembangunan.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Produk Xiaomi, dimana beliau mengatakan telah melihat sendiri telefon Black Shark generasi baru yang menawarkan kadar prestasi yang sangat pantas.

Mengikut desas-desus sebelum ini, BlackShark generasi baru dijangka hadir dengan cip Snapdragon 855 dan memori 8GB RAM. Kita juga mungkin akan dapat melihat pelbagai optimasian tambahan yang ditawarkan bersama-sama dengannya.

Sekiranya mengikut latar masa sebelum ini, Black Shark diperkenalkan sekitar bulan April – dan mungkin kita boleh sasarkan pengenalan telefon pintar generasi baru berkenaan pada tempoh masa lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd