Firefox 66 Akan Membisukan Semua Audio Dan Video Yang Dimainkan Secara Automatik

Firefox 66 Akan Membisukan Semua Audio Dan Video Yang Dimainkan Secara Automatik

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah web yang memainkan audio dan video secara automatik apabila anda melayarinya. Hal ini semestinya tidak digemari ramai, dan adakalanya anda terkejut dan perlu membisukan sesuatu tab secara manual.

Firefox AutoplayBeberapa pelayar web telah hadir dengan ciri untuk membisukan semua audio dan video yang dimainkan secara automatik. Kini, Mozilla turut mengikut jejak, dan akan melaksanakan perkara sama bermula Firefox 66.

Bermula Firefox 66 yang dijangka hadir pada Mac 2019 kelak, pengguna Firefox di desktop dan Android akan menikmati ciri membisukan semua audio dan video yang dimainkan secara automatik. Seperti biasa, ia akan memaparkan notifikasi apabila dibisukan – dan pengguna diberi pilihan untuk mengecualikan sesuatu laman web yang diminati mereka.

Dengan langkah ini, sama-sama kita berharap agar pelbagai laman-laman dengan bentuk kandungan yang dimainkan secara automatik ini berkurangan – dan memberi lebih kawalan kepada pengguna.


TIPS & ULASAN