OnePlus Ingin Para Pengguna Merekabentuk Ciri Akan Datang Pada Peranti Mereka

OnePlus Ingin Para Pengguna Merekabentuk Ciri Akan Datang Pada Peranti Mereka

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

OnePlus sering meminta maklumbalas daripada komuniti mereka – sama ada mereka mengimplementasikannya ataupun sebaliknya. Ini sekaligus menjadikan mereka salah satu pengeluar yang sedikit berbeza berbanding pelbagai pengeluar lain yang kurang mempunyai sentuhan komuniti.

OnePlus OxygenOS

Terkini, pengeluar dari China berkenaan mengumumkan sebuah pertandingan khas, meminta para pengguna merekabentuk ciri menarik yang diperlukan pada sistem operasi OxygenOS akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh menyertainya dengan menghantar idea anda kepada bahagian forum OnePlus. Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 22 Februari kelak, dimana selepas itu pasukan perisian OnePlus akan mengumumkan konsep yang terpilih sebagai pemenang, selain cuba mengimplementasikannya pada sistem operasi OxygenOS.

Sertai : Pertandingan OnePlus – Design Next OxygenOS Feature


TIPS & ULASAN