Google Melancarkan Aplikasi Live Transcribe Untuk OKU Pendengaran “Membaca” Percakapan

Google Melancarkan Aplikasi Live Transcribe Untuk OKU Pendengaran “Membaca” Percakapan

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Sebagai insan bertubuh sempurna, kemampuan mendengar dan berinteraksi dengan insan di sekeliling sering kali dipandang enteng. Tetapi dunia ini dipenuhi dengan OKU pendengaran yang setiap hari berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana tidak mampu mendengar. Google telah melancarkan aplikasi Live Transcribe untuk OKU pendengaran dimana audio percakapan ditulis secara automatik pada skrin peranti.

Dengan Live Transcribe, pengguna OKU pendengaran dapat berinteraksi dengan individu yang tidak tahu menggunakan bahasa isyarat. Aplikasi ini menyokong 70 bahasa dan dialek sahaja buat masa ini. Ujian Beta akan dibuka tetapi jika anda menggunakan Pixel 3, Live Transcribe sudahpun terpasang pada peranti hari ini.

Turut dilancarkan ialah aplikasi Sound Amplifier juga untuk OKU pendengaran yang masih boleh mendengar audio pada tahap tertentu sahaja. Aplikasi ini boleh menguatkan frekuensi audio tertentu (seperti pendengaran atau kenderaan) dan membolehkan mereka mendengar seperti sebuah alat bantuan pendengaran. Sound Amplifier boleh dimuat turun sekarang tetapi hanya pada peranti yang menggunakan Android 9 dan ke atas sahaja.


TIPS & ULASAN