Cari @ Amanz

Ketika acara pelancaran Samsung Galaxy A8s tahun lalu. Samsung mengumumkan kerjasama dengan syarikat pakaian Supreme. Mereka tidak menyedari Supreme di China bukanlah pemegang tanda dagang sebenar sebaliknya sebuah syarikat yang berpangkalan di Itali. Selepas menerima cemuhan pengguna, Samsung mengumumkan akan menilai semula kerjasama dengan Supreme “palsu” ini.

Selepas lebih sebulan pihak Samsung China akhirnya mengesahkan pembatalan kerjasama  dengan Supreme palsu menerusi laman Weibo mereka. Insiden ini boleh dikatakan amat memalukan kerana Samsung ialah syarikat besar yang tertipu dengan jenama besar dunia fesyen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd