Viber Dikemaskini Dengan Fungsi Panggilan Berkumpulan Dan Antaramuka Baharu

Viber Dikemaskini Dengan Fungsi Panggilan Berkumpulan Dan Antaramuka Baharu

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Viber mungkin bukan platform pemesejan yang digunakan oleh kebanyakan pengguna di negara kita. Ia adalah alternatif kepada mereka yang mungkin tidak percaya dengan WhatsApp atau Facebook Messenger. Sempena menyambut ulang tahun mereka yang kelapan, versi terkini Viber 10 telah dilancarkan dengan pelbagai fungsi baharu.

Ia kini menyokong panggilan berkumpulan dengan lima pengguna serentak. Turut dikemaskini ialah antaramuka yang lebih kemas bagi memudahkan carian mesej perbualan.Penghantaran mesej kini dua kali lebih pantas. Kualiti panggilan audio juga telah dipertingkatkan untuk kedengaran lebih jelas.

Bagi yang mementingkan privasi, mereka boleh berbual dengan pengguna Viber yang lain tanpa perlu berkongsi nombor telefon peribadi terlebih dahulu. Hanya selepas insan dikenali nombor telefon didedahkan. Versi terkini Viber boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS hari ini.


TIPS & ULASAN