Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 Pro hadir dengan kemampuan mengecas semula peranti lain secara nirwayar dalam situasi kecemasan. Samsung Galaxy 10 kelak akan turut membawakan sokongan yang sama diberi nama PowerShare. Peranti ini telah melepasi laman FCC di Amerika Syarikat dan nampaknya PowerShare akan mengecas lebih pantas berbanding sistem yang digunakan Mate 20 Pro.

Dokumen FCC mendedahkan PowerShare menyokong pengecasan nirwayar dengan output 9W. Sebagai perbandingan Mate 20 Pro hanya mengecas peranti lain dengan output 5W. Besar kemungkinan sistem PowerShare akan digunakan untuk mengecas aksesori seperti jam Galaxy Sport dan fon telinga Galaxy Buds yang bakal dilancarkan kelak.

Ini juga  mungkin sebab mengapa S10+ mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar berbanding perant-peranti Galaxy S terdahulu. Setakat ini Galaxy S10 disahkan menyokong pengecasan pantas berwayar dan nirwayar dengan output maksimum 15W yang lebih perlahan berbanding pesaing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd