Jualan Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung Sehingga 12 Februari

Jualan Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung Sehingga 12 Februari

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada pembaca yang berketurunan cina dan selamat bercuti kepada mereka yang ingin melepaskan lelah. Sempena dua hari bercuti yang panjang pasti ramai yang mencari ruang untuk beriadah. Tetapi sekiranya anda seperti saya terperangkap di pejabat atas urusan kerja, mungkin anda mahu melepaskan kebosanan dengan membeli permainan video pada harga murah.

Steam telah memulakan jualan sempena Tahun Baru Cina mereka hari ini dan akan berlangsung sehingga 12 Februari. Pelbagai penawaran diberikan seperti potongan harga RM10 untuk pembelian pertama yang mencecah RM60. Pengguna juga menerima 2000 token hari ini jika melog-masuk bagi membeli lencana khas dan pelbagai lagi penawaran menarik. Seperti jualan-jualan Steam terdahulu, jualan kali ini menawarkan potongan harga sehingga 85% pada permainan tertentu. Ini ialah alasan yang baik untuk membelanjakan wang ang pow yang baru diterima.


TIPS & ULASAN