Rekaan Model Galaxy S10 Memberikan Gambaran Kasar Apa Yang Bakal Dibawakan Peranti Berkenaan

Rekaan Model Galaxy S10 Memberikan Gambaran Kasar Apa Yang Bakal Dibawakan Peranti Berkenaan

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Samsung bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Galaxy S10 secara rasminya pada 21 Februari kelak. Samsung dijangka memperkenalkan tiga model dibawah siri berkenaan, selain model 5G yang dijangka menyusul selepas itu.

Seperti ramai sedia maklum, kita telah sedia melihat ketirisan beberapa gambar telefon pintar Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus sebelum ini. Hari ini, berkongsi lanjut, MKBHD memperlihatkan rekaan model berasaskan ketirisan untuk telefon pintar berkenaan.

Untuk makluman, rekaan model ini sering dikeluarkan pengeluar aksesori untuk bersedia dengan penawaran mereka sebelum pelancaran rasmi berlaku.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia kelihatan menawarkan rekaan yang agak kukuh ditangan, selain mengekalkan bicu audio 3.5mm yang diminati ramai. Samsung dijangka menggunakan tri-kamera belakang – namun rekaan kerangka belakang dilihat memerangkap kesan cap jari. Pada bahagian hadapan, Samsung dilihat menyertakan rekaan skrin berlubang untuk menyertakan kamera swafotonya.

Samsung Galaxy S10+

Seperti biasa, dengan hari-hari yang menjelang tiba, kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini daripada pelbagai pihak – sebelum Samsung sendiri memperkenalkannya pada 21 Februari 2019 kelak.


TIPS & ULASAN