Google Hadir Dengan Pemalam Chrome Untuk Menyemak Kata Laluan Anda Yang Kurang Selamat

Google Hadir Dengan Pemalam Chrome Untuk Menyemak Kata Laluan Anda Yang Kurang Selamat

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Google hari ini telah hadir dengan sebuah pemalam baru khusus untuk Chrome, dinamakan sebagai Password Checkup. Melaluinya, Google ingin memudahkan pengguna mengenal-pasti sebarang kata-laluan mereka yang pernah terdedah dengan ketirisan data sebelum ini.

Pengguna hanya perlu memasang pemalam berkenaan pada pelayar web Chrome, dan seteterusnya ia akan melakukan semakan secara automatik apabila anda log masuk dan sebagainya. Anda akan diberikan amaran apabila anda didapati menggunakan kata laluan yang telah tertiris sebelum ini.

Password Checkup Chrome

Google mengatakan pemalam ini menyemak pelbagai informasi dengan melalui penyulitannya tersendiri – sekaligus memastikan tiada siapa yang dapat melihat data anda. Pelbagai amaran yang dipaparkan juga adalah dikhususkan kepada peranti anda sahaja secara local – membuatkan tiada pihak mengetahui pengguna yang mana mempunyai kata laluan yang berbahaya dan sebagainya.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama, termasuk salah satu yang popular adalah Have I Been Pwned.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam Google ini hari ini, dan menggunakannya dalam terus menambah-baik sekuriti akaun anda.

Muat-Turun Password Checkup untuk Chrome


TIPS & ULASAN