Cari @ Amanz

Facebook sedia menawarkan sokongan nyah-hantar sesuatu mesej pada WhatsApp – sekaligus membolehkan anda menarik atau memadam sesuatu mesej yang tersilap hantar kepada seseorang penerima.

Kini, selain WhatsApp, Facebook turut memperkenalkan ciri sama untuk perkhidmatan Messenger.

Facebook Messenger 10 Minit

Pengguna Facebook Messenger kini boleh tap pada sebarang mesej yang ingin dipadamkan, dan seterusnya memilih “Remove for Everyone”. Pengguna perlu memadam sesuatu mesej yang tersalah hantar berkenaan dalam tempoh 10 minit. Selepas tempoh berkenaan, mesej berkaitan tidak lagi boleh dipadamkan.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Facebook bermula hari ini untuk pengguna Messenger di iOS dan juga Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd