LG Melancarkan Monitor 31.5-Inci Dengan Resolusi 4K Dan Sambungan USB-C
LG

LG Melancarkan Monitor 31.5-Inci Dengan Resolusi 4K Dan Sambungan USB-C

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Tahun lalu kami mengulas dua monitor dari LG. Kedua-duanya mantap tetapi LG L38WK95C adalah terlalu lebar manakala LG Ultrafine 5K pula terlalu mahal. Bagi mereka yang mencari monitor 4K dengan sokongan USB-C, LG 32UL750-W baru sahaja dilancarkan di Jepun.

Monitor 31.5″ dengan panel VA ini menyokong resolusi 3840 x 2160 pixel, mempunyai sokongan DisplayHDR 600, 100% SRGB, 95% DCI-P3, kadar segar semula 60Hz dan AMD FreeSync. Selain USB-C, sambungan menggunakan HDMI 2.0a dan DP 1.2 juga disertakan. Turut hadir ialah dua port USB 3.0 dan sepasang pembesar suara. Monitor ini mempunyai panel rata tetapi dengan rekaan leher serta tapak seperti LG L38WK95C. Ia setakat ini hanya dijual di Jepun pada harga ¥76,800 (~RM 2851) sebuah.


TIPS & ULASAN