Xiaomi Mempatenkan Skrin Dengan Dwi-Lubang Kamera

Xiaomi Mempatenkan Skrin Dengan Dwi-Lubang Kamera

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Apakah inovasi seterusnya dalam dunia telefon pintar? Tahun lalu kita melihat peranti dengan takuk kecil dan lubang kamera pada skrin bagi menyelesaikan masalah takuk yang agak besar. Tahun ini mungkin kita akan melihat pula telefon pintar dengan dwi-lubang pada skrin. Ini adalah berdasarkan paten yang telah dianugerahkan kepada Xiaomi oleh WIPO.

Empat rekaan lubang pada skrin kini milik mereka. Satu rekaan meletakkan dua lubang pada dua bucu atas kanan skrin. Sebuah lagi paten dengan orientasi yang sama cuba lubang digantikan pula dengan takuk kecil “titisan air” yang dipelopori oleh Essential. Paten ketiga mempamerkan dua butang berbentuk bujur. Akhir sekali ialah paten dengan sebuah lubang pada bahagian tengah untuk pembesar suara. Tidak mengejutkan jika rekaan ini akhirnya digunakan pada peranti sebenar dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN