Cari @ Amanz
Di pejabat Amanz adalah perlu menggunakan fon kepala yang baik jika ingin menumpukan perhatian kepada kerja. Ini adalah kerana setiap warga Amanz mempunyai citarasa muzik berbeza yang kemudiannya disalurkan ke Sonos pejabat. Jika lagu yang dipilih tidak serasi dengan jiwa kami dilarang mengubahnya maka fon kepala dipasang sementara menanti lagi lebih sedap diputarkan. Bagi mereka yang mencari fon kepala, empat pasang rekaan terbaru telah dilancarkan di bawah siri Logitech G935 7.1 LIGHTSYNC ialah fon kepala nirwayar untuk permainan video yang menyokong sistem lampu LIGHTSYNC dan audio DTS Headphone: X 2.0. Ia mempunyai hayat penggunaan sehingga 12 jam tanpa lampu atau 8 jam dengan lampu. Sepasang pemandu audio 50mm digunakan bersama dengan sebuah mikrofon. Logitech G635 7.1 LIGHTSYNC ialah fon telinga yang sama tetapi berwayar (USB) dan pemandu audio sebesar 40mm. Seterusnya pula ialah dua fon telinga berwayar Logitech G432 7.1 Surround Sound Gaming Headset dan Logitech G332 Gaming Headset. Kedua-dua hadir dengan pemandu audio sebesar 50mm, sambungan USN atau 3.5mm dan mikrofon terbina. Perbezaan di antara kedua-dua model ialah G432 mempunyai sokongan audio DTS Headphone X 2.0 manakala G332 hanya sekadar audio stereo standard dan sambungan 3.5mm. Kedua-dua model ini juga berwayar tanpa sokongan lampu LED? Logitech G935 7.1 LIGHTSYNC dijual pada harga USD 170 (~RM 694), Logitech G635 7.1 LIGHTSYNC pula berharga USD 140 (~RM 572), Logitech G432 7.1 Surround Sound Gaming Headset pada harga USD 80 (~RM 327) dan akhir sekali Logitech G332 Gaming Headset pada harga USD 60 (~RM 282) sebuah.
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd