Cari @ Amanz

Spotify hari ini mengumumkan mereka mengambil-alih Anchor, iaitu salah satu platform yang digunakan ramai dalam penerbitan podcast ke arena web – termasuk pelbagai platform pihak ketiga seperti Spotify, Apple Podcasts, Google Podcasts dan sebagainya.

Bagi yang tidak mengenali akan Anchor, ia merupakan salah satu platform yang membolehkan anda memuat-naik fail audio anda – dan seterusnya ia akan berkongsi penerbitan ke pelbagai platform lain secara automatik. Ia ditawarkan secara percuma, dan penerbitan diplatform lain disertakan dengan iklan beberapa saat pada penghujung podcast berkaitan. Kami di Amanz sendiri menggunakan Anchor dalam melakukan penerbitan ke Spotify, dan platform podcast lain.

Pihak Spotify tidak mengumumkan nilai pengambil-alihan untuk Anchor. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan pihak Spotify dalam arena podcast, dan mungkin mengalakkan lebih ramai menerbitkan fail podcast mereka ke platform Spotify selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd